Blogger Backgrounds

13 Februari 2011

Kek Marble




kek marble ksukaan ankku (kembar)

inilah hasilnye kek marble yg jue wt ,,





Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 230gm gula kastor
  • 250gm tepung naik sendiri / tepung kek (self raising flour)
  • 6 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2-3 sudu besar serbuk koko (diayak) 



Cara-cara
  1. Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata setiap kali telur dimasukkan. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau rata setiap kali dimasukkan.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko kepada satu bahagian tadi dan kacau rata.
  5. Sediakan loyang / acuan yang telah disapu mentega / marjerin di sekelilingnya dan ditabur sedikit tepung gandum untuk elakkan kek melekat apabila masak.
  6. Masukkan adunan warna asal berselang-seli dengan warna coklat ke dalam loyang / acuan. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit hingga 1 jam.
  7. P/S: Saya syorkan guna mentega (butter) brand Farmcows atau Golden Churn. Insya-Allah kek jadi sedap... :)


0 ulasan: