Blogger Backgrounds

25 Disember 2010

boring nya duduk umah sorang2

hari ni 25 hb aku duduk sorang2 kt umah .sunyi sepi rasa ,anak x de hantar kg,suami pulak ada kerja kt sitiawan...aduh tension giler ni nk wat ape pn x thu.hai kul brapa la suami nk blik.dari semlm lg tension dah la g erbik ,tiba2 khairul x de dah x erbik  dah 3 ari dah x wat....badan pn dah lemah ni peluh x keluar.minta2 isnin ni ada la erbik.mata ni pun nk tidur tp x ngantuk ...hai entah la...aku bleh bayang kn mcm mana orng yg x de anak kn mesti sunyi kn.anak aku yg tinggal seminggu pn rasa mcm lama sangat.insaallah 1 hb ni bru mk p amik anak kt penang.

23 Disember 2010

naik lori balik kampung

semalam 21hb 12 aku dgan suami dan anak kmbar blik kg naik lori.biasa la sb antar barang pejabat kt kepala batas alor star,apa lg trus la blik kg,tapi waktu nk sampai umah mak lbih
kurang 10 km jalan sedang d baiki,yang aku takut sb waktu kami sampai kt jalan sedang d baiki dah pkul 1.30 pagi.seram sejuk pn ada,ye la blakang kete sebuah pn x de,suami aku siap tangkap gambar
jalan tu boleh lalu ke x,dia siap amik gambar,dalam hati aku TUHAN je thu ,bukan apa tkut amik gambar takut lain pulak yg ada dlm camera .tp nasib baik lah x jd apa2 akhirnya kami sampai gak gn selamat umah mak.esoknya kul 3 ptng aku gn suami trus g antar barang ke kepala batas,tp ank tnggal kt umah opah dia.tp yg x tahan nya pinggang mcm nk putus naik lori dah la suami bwa laju dah mcm naik kuda air corn x de pulak tu .tp nasib baik dah malam x la panas sangat kalau siang masak la jwbnya.akhirnya kul 11 aku sampai umah gn selamat.

19 Disember 2010

Ini hasilnya resipi wati yg aku wt..

Apam Gula Hangus





TERIMA KASIH WATIE,KRANA BG RESIPI NIE...KT K JU...
JD JUGAK AKHIRNYA..
ANAK2 K JU DAN SUAMI PUN SUKA...SEDAPPP....
K JU SIAP SURUH INA DTG RUMAH LG..
INA CAKAP BOLEH WT JUAL MCM NIE..HEHEHE...
ALA,BUAT MAKAN CUKUP LA..

Kembali ke jalan Allah









TIGA tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.
"Tiga tahun lalu, saya jauh daripada Allah kerana melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga bergaul dengan orang tidak baik. Malah, paling menyedihkan saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Bayangkan, sampai macam itu sekali. Saya akui keadaan ini agak serius sekali gus membimbangkan diri.
 
 
 
 
 
 
 
"Tidak lama kemudian, saya rasa teramat kekosongan. Apa tidaknya, saya melihat diri ini tidak sama dengan kawan lain sampaikan kami pernah berselisih faham sesama sendiri apabila mempersoal tentang cara hidup dan persekitaran tidak betul ini. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada RedOne lantas bekerja di sampingnya bagi menerbitkan album artis lain.
"Dalam waktu sama, saya sering mengunjungi sebuah masjid dan bertemu rakan-rakan baru. Mereka banyak memberi nasihat kepada saya agar kembali kepada asal-Nya. Justeru, saya mula lebih mengenal diri sehinggakan timbul kesedaran untuk berkarya," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Thank You Allah di Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Dan bukan calang-calang. Dianugerahkan selautan bakat seni, graduan Sarjana Kejuruteraan Aeronautik ini terinspirasi untuk menghasilkan lagu-lagu bersalut keagamaan dan kerohanian dalam perspektif berbeza. Lebih menarik, setiap karya dibikin Maher, ia terkait dengan kisah yang pernah dialami sendiri di alam realiti.
"Dengan muzik merupakan sebenar minat saya, tiada salahnya kalau membikin lagu yang bersangkutan dengan ajaran Islam termasuk meluahkan seluruh kecintaan kepada Allah, alam semesta, pasangan, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Lebih indah kalau saya mahu menampilkan pembaharuan," lekas sahaja jawabnya.
 
 
 

 


 
 

Boleh dianggap mencipta gelombang sehingga dia sendiri terkena refleks kemasyhuran, Maher tidak pernah sesekali menebak dia mampu berada pada tangga sekarang. Kemunculannya dalam dunia serba-serbi glamor, akuinya, hanya ingin berkongsi kebolehan kepada peminat. Tiada lain, itu sahaja yang berputar dalam fikirannya.
"Sejujurnya, saya tidak sangka dengan penerimaan positif daripada peminat termasuk di Malaysia apabila berkecimpung dalam arena seni sejak dua tahun lalu. Sukar hendak digambarkan perasaan ini. Yang penting, saya sentiasa berpegang kepada niat - menyalurkan mesej tertentu dalam membikin lagu kepada pendengar.
"Begitupun, saya sentiasa sedar diri. Sebenarnya masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ini. Saya harap dapat terus menyumbangkan lebih banyak karya berkualiti sambil menyelitkan elemen dakwah. Saya ingin memfokuskan terlebih dahulu terhadap nyanyian dan penerbitan," ujar Maher yang selesa menjunjung jalur R&B dan soul.
Konsert perkenalan
Selain hadir ke bumi Malaysia untuk melancarkan album debutnya, Maher juga bakal menghiburkan peminat menerusi konsert mini Save The Soul yang bakal berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 14 dan 15 Oktober ini. Dibawa oleh Raudhatus Sakinah, penghibur terkenal tanah air, Aishah menjadi artis pembuka tirai.
Cukup mengejutkan apabila tiket mini konsert tersebut telah habis dijual dalam waktu singkat. Maher juga ketika ditemubual, tidak berupaya menyembunyikan kegembiraannya sehingga tidak sabar untuk bertandang semula ke negara ini sambil merealisasikan konsert berskala gergasi dengan menghadirkan bunyi-bunyian orkestra.
 
 

 


 

"Konsert mini ini dianggap sebagai acara kecil memperkenalkan diri saya kepada peminat di Malaysia. Saya bakal menyanyikan sebanyak lapan buah lagu secara minus one daripada album Thank You Allah. Ia sengaja dibuat dalam suasana santai supaya saya dapat menghiburkan peminat secara lebih dekat pada persembahan ini.
"Pada pendapat saya, sebuah konsert tidak kiralah bersaiz biasa, atau sebaliknya, ia perlu dilakukan terutama kepada artis baru seperti saya. Tidak terkecuali, saya ada perancangan untuk mengadakan persembahan lebih besar pada masa akan datang. Insya-Allah, mungkin awal tahun depan," sahutnya penuh harap.
Menandatangani kontrak dengan rumah penerbitan, Awakening Records sejak setahun lepas, Maher yang telah mengukir populariti di negara Eropah dan Timur Tengah turut menzahirkan keterujaan apabila berkesempatan melibatkan diri pada mini konsert tersebut. Tambah Maher: "Hanya Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya saya dapat berada di Malaysia."

 

Kek Coklat Kukus

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Nota Kaki : resepi sama macam yg aku selalu buat cuma aku tak masak bahan basah tu just blend jer bagi sebati... 
 
 
 
 
 

aku bru saje habis goreng kuih peniram,kul 4 nnti tetamu nk datng,tngah kemas rumah ni.ari ni masak simple je ayam papet.ckup la lg pun suami x de g makan kenduri cukur jambul cucu.

16 Disember 2010

KUIH PENIRAM

Petang Khamis td,aku wt kuih peniram..,19 ari blan nie,cukur jambul cucu suami aku yg sulung,,

Buatla dlm 50 packet nk bagi kt org berzanji..Lepas goreng kuih peniram,pkul 8.30 pergi erobik pula..
Esk rsenye nk wt apam gula hangus teringin sngat...x tau la jd ke x..

Bahan2..

1 kg tepung beras
Gula putih 300 gm
Gula merah 600 gm
Santan 3 cawan
Minyak 1 kg

Cara buat..

* Santan dicampur dngan gula putih dan gula merah,msak hingga cair
* Tapiskan ke dlm tpung beras
* Kacau smpai sebati,biarkan semalaman
* Esoknya bru bleh canai dan goreng